Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan.Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.)Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan.
Kemahiran Asas Bola Jaring
Hantaran
A. HANTARAN ARAS BAHU
-Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi dan jauh.
Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai aksi pergerakan kaki kanan.
Berat badan berada di atas kaki kanan.
Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick
Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tanga
B. HANTARAN BOLA ARAS DADA
-Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh
Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang.
Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan bola.
POSISI
A. PENJARING GOL (GS)
GS bertugas sebagai penjaring gol
mesti mahir membuat jaringan
bermain di kawasan masing masing
tidak bebas bergerak
B. PERTAHANAN GOL / PERTAHANAN DALAM (GD)
GD boleh menerima bola dari hantaran tengah
pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan
menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)
C. PENJAGA GOL (GK)
menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar kawasan
menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring
GK bekerjasama dengan GD
D. PENYERANG SAYAP (WA)
menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring
WA biasanya menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah
E. PENYERANG GOL (GA)
ditugaskan sebagai penjaring
bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol
menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang
F. PENYERANG SAYAP (WD)
menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan