Sentuh LOVEnya!

๐Ÿ•Œ 1 Januari 2025 (Rabu) โ€“ 1 Rejab.

๐Ÿ•Œ 2 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 6 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 9 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 13 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin, Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh).

๐Ÿ•Œ 14 Januari 2025 (Selasa) โ€“ Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh.

๐Ÿ•Œ 15 Januari 2025 (Rabu) โ€“ Puasa Sunat Rejab & Puasa Hari Putih / Ayyamul Bidh.

๐Ÿ•Œ 16 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 20 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 23 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 27 Januari 2025 โ€“ Israk Mikraj 27 Rejab (Puasa Sunat Hari Isnin & Puasa Sunat Rejab).

๐Ÿ•Œ 30 Januari 2025 (Puasa Sunat Hari Khamis & Puasa Sunat Rejab)

. Doa Masuk Bulan Rejab.

Doa yang anda boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :

ุงู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠู’ ุฑูŽุฌูŽุจู ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุจูŽู„ูู‘ู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

Allahuma baariklana fi rajabi wasyaโ€™ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

HR Baihaqi]

Amalan Sunat Bulan Rejab.

Niat Puasa Sunat Bulan Rejab

Anda boleh bacakan niat puasa Rejab ini untuk puasa pada mana-mana hari dalam bulan Rejab :

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบูŽุฏู ููู‰ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽุฌูŽุจู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ูู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Nawaitu sauma ghadin fi syahri rojabi sunnatan lillahi taโ€™ala

Ertinya : โ€œSahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan Rejab kerana Allah taโ€™alaโ€.

Lafaz Niat Puasa Ayyamul Bidh (Puasa Hari Putih)

LAFAZ NIAT PUASA HARI PUTIH

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุงูŽูŠูŽู‘ุงู…ูŽ ุงู’ู„ุจููŠู’ุถู ุณูู†ูŽู‘ุฉู‹ ู„ูู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah taala.

Nota:

Bagi puasa sunat, anda masih boleh berpuasa sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Anda masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat anda tidak makan dan minum juga tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.

Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadan.

(Qadhaโ€™ Puasa Ganti)

Lafaz niat ganti puasa Ramadan dalam bahasa Arab serta maksudnya adalah seperti berikut :

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบูŽุฏู ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุถูŽุงุกู ููŽุฑู’ุถูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู‹ ูู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Maksudnya : โ€œSahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taalaโ€

Waktu Untuk Niat Ganti Puasa.

Menerusi perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, untuk puasa Ramadan dan puasa wajib, seseorang perlulah berniat pada malam hari sebelumnya selaras dengan sabda Rasulullah SAW :

ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูุจูŽูŠูู‘ุชู ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ูŽ ู…ูู† ุงู„ู„ูŽูŠู’ู„ู ููŽู„ูŽุง ุตููŠูŽุงู…ูŽ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: Sesiapa yang tidak berniat untuk berpuasa (keesokan harinya) di malam hari, maka tidak sah puasanya

. Riwayat al-Nasaie (2334) Hukum Menggabungkan Puasa Qadha Dengan Puasa Sunat.

Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat, terutama jika perlaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.

Sebahagian ulamaโ€™ mensyaratkan supaya digabungkan niat, manakala sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.

Kesimpulan.

Walaupun tiada hadis sahih yang menyatakan bulan tersebut mempunyai keistimewaan seperti amal ibadat tertentu, ini tidak menghalang seseorang untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedekah, berzikir serta ibadah lain dengan syarat tidak beriโ€™tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.

Salah satu hadis yang menjelaskan mengenai bulan Rejab adalah seperti berikut :

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: โ€œTidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khususโ€. [Tabyin al-โ€˜Ajab, 9]

Sempena ketibaan bulan Rejab ini, marilah kita bersama-sama memantapkan lagi amal ibadah kita dalam mempersiapkan diri untuk bulan Ramadan.

Semoga Allah menerima segala ibadah kita serta memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Aamiin Ya Rabbal โ€˜ Alamin

Peaan kamu :

Nara : ๐‘พ๐’‚'๐’‚๐’๐’‚๐’Š๐’Œ๐’–๐’Ž๐’–๐’”๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’˜๐’‚๐’“๐’‚๐’‰๐’Ž๐’‚๐’•๐’–๐’๐’๐’‚๐’‰๐’Š ๐’˜๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’•๐’–๐’‰๐Ÿ™